Selamat Datang Ke Permata Catering & Event Services

Selamat Datang ke Permata Catering & Event Services. Misi kami di sini ialah untuk memberikan anda perkhidmatan katering dan perancangan majlis dengan harga yang berpatutan. Sila kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/permatacatering untuk melihat promosi kami dan bercakap dengan staf perkhidmatan kami. Terima Kasih.

Friday, 12 February 2016

DIY Perkahwinan: Door Gift Gajus Delight

Salam semua,

Kami faham para pengantin sering menggaru kepala bila berkenaan door gift ni. Jadi kami ingin memberikan anda satu idea untuk membuat sendiri untuk mengurangkan kos perkahwinan anda.

Idea hari ini ialah Gajus Delight! Ia merupakan resipi mudah untuk anda sediakan. Sibuk? Minta tolong para ibu dan mak cik-mak cik sekalian. Jangan lupa beritahu awal-awal!

Tanpa segan silu, inilah resepinya!



Gajus Delight

Bahan-bahan
4 telur putih
2 sudu kecil ekstrak vanila
1 kilo kacang gajus
2 cawan gula putih
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis


Langkah 1 

Panaskan ketuhar sehingga 250 darjah.

Campurkan gula dan serbuk kayu manis dalam beg Ziplock dan letak ke tepi.


Langkah 2

Campurkan telur putih dan ekstrak vanila dalam mangkuk dan kacau hingga berbuih.


Langkah 3

Campurkan kacang gajus dengan campuran telur putih dan ekstrak vanila dan gaul.


Langkah 4

Masukkan kacang gajus ke dalam beg ziplock yang mengandungi gula dan serbuk kayu manis dan GONCANG!!


Langkah 5

Masukkan kacang ke dalam dulang yang telah disapu dengan minyak supaya tidak melekat. Pastikan anda meletakkan  minyak, marjerin, gris atau mentega supaya tak melekat.


Sekarang Gajus Delight anda telah siap! Mari kita bungkuskannya dengan idea menarik seterusnya!





Bungkusan Cone


Untuk bungkusan ini sediakan kertas crepe dan kad stok mengikut jumlah tetamu anda.

Langkah 1

Potong kertas crepe mengikut saiz 8 x 12 inci.

Langkah 2

Gulung kertas crepe dari sisi yang pendek ke dalam bentuk cone dan letakkan gam atau double sided tape untuk melekatkan sisinya.

Langkah 3
Masukkan kacang gajus anda ke dalam silinder kertas crepe dan ikat bahagian atas dengan riben.

Langkah 4

Cetakkan design di link ini: http://images.marthastewart.com/images/content/web/pdfs/2008Q3/mw_sum08_cone_color.pdf ke atas kad stok anda/kertas A4 anda dan potong mengikut design.

Langkah 5

Letakkan gam UHU atau double sided tape untuk melekatkan sisinya. Masukkan kon kertas crepe ke dalam kon kad stok.

SIAP!!  

Mari kongsi idea anda dan tunjuk kami jika anda berjaya di laman facebook kami www.facebook.com/permatacatering . Kunjungi laman facebook kami dan lihat pakej-pakej yang kami tawarkan dan bercakap dengan staf perkhidmatan kami hari ini!



No comments:

Post a Comment