Salam Semua,
Bila kita bercakap mengenai playlist kahwin, macam-macam kerenahnya. Ada yang tak mahu lagu-lagu bermain di latar belakang, ada yang bergaduh dengan ibu bapa mengenai pilihan lagu, ada juga yang tidak tahu langsung lagu apa yang sesuai. Kami di sini untuk memberikan pilihan-pilihan playlist dan menolong anda.
TIPS #1 Akustika Extravaganza!
Pilihan yang terbaik untuk muzik di majlis ialah akustik cover. Ianya merdu didengari, tetapi tidak terlampau kuat sampai tetamu dan penganjur tidak dapat berbual sambil lagu-lagu dimainkan. Ia juga sangat menenangkan dan dapat menetapkan nada dan mood majlis anda dengan sempurna.
Tips #2 Download Lagu Menerusi Soundcloud dan SoundDrain
Cari lagu akustik cover kegemaran anda menerusi www.soundcloud.com dan muat turun lagu tersebut di sounddrain.com . Ini memastikan tetamu anda dapat mendengar lagu-lagu biasa tetapi dengan nafas baru. Jangan terkejut kalau para tetamu anda mula menyanyi beramai-ramai!
Western Playlist
Malay Playlist
TIPS #3 Perlahankan Lagu Anda
Dalam majlis anda, anda tidak mahu muzik terlampau kuat sehingga orang tidak boleh berbicara dan berbual. Perlahankan muzik anda. Fokus majlis anda ialah untuk merapatkan silaturrahim sambil mengumumkan perikatan antara dua insan.
Inilah lagu-lagu yang kami cadangkan anda gunakan untuk membina playlist yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda! Anda mempunyai lagu-lagu tambahan? Apakah lagu playlist pilihan anda di majlis anda? Kongsi bersama kami di www.facebook.com/permatacatering .. Kami mendoakan majlis anda diberkati. Kunjungi laman facebook kami untuk maklumat lanjut!
No comments:
Post a Comment