Salam Semua,
Hari ini kami akan menulis tentang pemilihan makanan di majlis perkahwinan. Untuk majlis perkahwinan, kami faham kadang kala agak sukar untuk memilih menu dan masakan yang kena dengan tema majlis anda. Jadi kami ada memberikan tips-tips untuk pasangan raja sehari memastikan mereka mendapat makanan dan minuman yang terbaik untuk majlis mereka.
Kuantiti
Kuantiti makanan seharusnya dipilih berdasarkan tetamu yang dijangka. Ini langkah paling penting dalam perancangan majlis anda. Pastikan anda menempah sekurang-kurangnya 100 pax lebih dari jumlah tetamu sekiranya tetamu melebihi 400 orang. Jika tetamu anda berat kepada golongan muda, pastikan untuk menempah 200 pax lebih untuk pesanan atas 800 pax. Kalau ada lebih boleh la sedekahkan kepada para tetamu atau rumah anak yatim atau orang tua berdekatan. Insyaallah tambah berkat kepada raja sehari.
Menu
Nasi
Pastikan anda mempunyai dua jenis nasi. Nasi Beriani/Nasi Minyak dan Nasi Putih. Ada sesetengah tetamu anda mungkin tidak menggemari nasi beriani. Ada juga yang hendak ke beberapa lagi majlis selepas anda. Sekiranya nasi beriani terlampau sedap dan laku (seperti nasi beriani kami), nasi putih juga boleh digunakan sebagai pengganti. Jika tak perlu, jangan ambil makanan laut kerana ia mengikut harga pasaran dan boleh menjadi mahal atau murah mengikut masa.
Lauk
Lauk yang dipilih haruslah menepati 2 kriteria, iaitu sedap dan mempunyai pilihan. Sebuah menu yang seimbang haruslah mempunyai daging dan sayur-sayuran.
Pastikan anda mempunyai dua pilihan daging seperti ayam dan daging. Ayam masak merah merupakan kegemaran ramai berdasarkan pengalaman kami.
Pastikan anda mempunyai satu lauk sayur-sayuran. Ini penting untuk pemakanan seimbang. Ini juga penting untuk mereka yang mahu menjaga badan atau alahan.
Menu Pengantin
Untuk menu pengantin, pastikan anda berkomunikasi dengan pembekal katering anda untuk mengetahui apa menu terbaik mereka.
Tambahan
Sekiranya anda mahu membuat tambahan kepada menu anda, kami cadangkan kambing golek yang sememangnya terkenal dan sangat laku di majlis-majlis perkahwinan Melayu. Selain itu, anda juga boleh meminta kuih-muih pilihan anda dan buah-buahan untuk mencuci palet para tetamu. Papadom juga merupakan lauk sampingan yang kerap diminta.
Minuman
Pastikan anda mempunya satu jenis minuman sejuk dan satu jenis minuman panas, sekurang-kurangnya. Pilihan minuman berbeza mengikut setiap orang, tetapi kami cadangkan teh tarik atau teh halia untuk minuman panas dan sirap limau untuk minuman sejuk.
Maka dengan itu, kami sudahkan artikel kali ini. Moga-moga majlis anda diberkati Allah S.W.T. Pastikan anda mengunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/permatacatering untuk maklumat tentang perkhidmatan kami atau untuk bercakap dengan staf perkhidmatan kami. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment